Sunday, July 25, 2010

MINGGU 2 : JURNAL REFLEKSI

Sebelum mengikuti kursus muzik tradisional ini, pengetahuan saya mengenai muzik tradisional ini sangat cetek dan tidak meluas. Apa yang saya faham mengenai muzik tradisional, ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan tradisi iaitu peninggalan nenek moyang kita yang masih diaplikasikan atau digunakan sehingga sekarang seperti tarian, lagu, alat muzik dan sebagainya. Tetapi setelah mengikuti kuliah kedua, pemahaman saya mengenai muzik tradisional semakin mendalam dan menjadikan saya bersemangat untuk terus mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai muzik tradisional ini.

Sebelum mengikuti kuliah kedua, saya berhasrat untuk mengetahui tentang sejarah dan asal usul muzik tradisonal. Selain itu, saya juga berkeinginan untuk mengetahui tentang jenis- jenis muzik tradisional serta alat-alat muzik yang digunakan. Sebagaimana yang diketahui, muzik tradisional masih lagi diaplikasikan dalam kehidupan harian manusia sehingga sekarang dan mungkin setelah mengetahui lebih lanjut mengenai muzik tradisional ini, dapat memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan muzik tradisional.

Setelah mengikuti kuliah kedua, apa yang telah saya perolehi berdasarkan lima objektif hasil pembelajaran yang utama iaitu berkaitan dengan “soundscape”, budaya muzik, sejarah muzik tradisional, kategori alat muzik dan konsep atau struktur muzik. Soundscape ialah bagaimana bunyi itu mengambil tempat atau dominasi dalam sesuatu persekitaran. Selain itu, saya dapat memahami tentang budaya muzik iaitu mengenai idea teang muzik, penglibatan dalam muzik serta repertoire muzik. Saya juga telah mengetahui tentang asal usul muzik tradisional yang mana kebanyakannya dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik daripada Indonesia, India dan China. Di samping itu, kebiasaannya alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik tradisional seperti gong dan rebana yang mana tergolong dalam kategori membranofon. Selain kategori membranofon terdapat tiga lagi kategori alat muzik iaitu kordofon, aerofon dan idiofon. Saya juga telah memahami konsep dan struktur muzik. Secara tuntasnya, banyak yang telah saya faham mengenai ilmu pengetahuan tentang muzik tradisional.




0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template