Sunday, August 1, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Keputusan saya mengambil kursus ini sangat berbaloi yang mana banyak pengetahuan baru yang telah saya perolehi seperti istilah-istilah yang tidak pernah didengari sebelum ini. Seperti dalam kuliah ketiga, saya telah mempelajari dua istilah baru iaitu adaptional dan idiosyncratic. Dalam kuliah ketiga, terdapat tiga objektif utama yang ingin dicapai iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Apa yang saya faham hasil daripada penjelasan yang diberikan, adaptional atau penyesuaian ialah benda hidup atau berorganik yang mana adaptional atau penyesuaian ini ialah menerima pengaruh muzik daripada luar dan setiap negara mempunyai mode yang berbeza antara satu sama lain. Manakala idiosyncratic pula ialah bagaimana sesebuah negara atau negeri itu untuk mengekalkan budaya mereka tanpa mengubah ciri-ciri asal mereka.

Terdapat beberapa klasifikasi alat muzik mengikut budaya uzik Cina, India dan Melayu yang mana setiap kaum mempunyai sistem penyusunan alat muzik yang tersendiri. Bagi klasifikasi alat muzik cina, terdapat lapan asas iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Bagi Melayu pula, klasifikasi alat muzik berlakku sejak abad pertama sebelum masihi yang terdiri daripada gong, simbal, loceng, gendang, alat bertali seperti gabus dan alat tiupan seperti seruling. Manakala, barat pula terdapat tiga bahagian iaitu dari segi kategori perkusi seperti drum, bongo, kategori bertali pula seperti gitar dan violin dan kategori tiupan yang mempunyai dua ciri iaitu tiup kayu dan brass.

Ciri-ciri utama dalam muzik tradisional terdapat dua tradisi iaitu tradisi besar yang mewakili budaya klasik atau istana dan tradisi kecil yang mewakili budaya rakyat. Jika dulu, budaya muzik istana dan rakyat berbeza yang mana rakyat tidak boleh menyampaikan budaya istana, akan tetapi pada masa sekarang masalah ini tidak lagi berlaku yang mana tradisi besar dan tradisi kecil ini bergabung sehingga melahirkan lima kategori utama muzik tradisional. Lima kategori ini terdiri daripada muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik tradisional. Sebagai contoh, bagi kategori muzik rakyat ia diaplikasikan oleh masyarakat desa atau petani dan ia tidak pernah berubah sehingga sekarang. Muzik rakyat ini mencerminkan nilai dasar dan kebudayaan.

Terdapat enam cirri-ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembal genderang, vokal dan instrumenl solo, ensembal sosial popular dan ensembal lain. sebagai contoh, bagi bentuk seni lakon utama ia melibatkan sesuatu penceritaan seperti teater. Selain itu, setiap negeri kadang kala mempunyai cara yang sama akan ada juga negeri mempunyai budaya yang berbeza dan ini dikatakan muzik wilayah. Bentuk seni lakon utama ini mengutamakan alat idiofon danmembranofon.

Secara kesimpulannya, setelah selesai mengikuti kuliah ketiga ini, banyak perkara dan pengetahuan baru yang telah diperolehi yang mana menarik minat saya untuk mendalami ilmu muzik tradisional dengan lebih dekat lagi.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template