Thursday, August 5, 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI

Terdapat dalam tiga objektif pembelajaran kuliah empat iaitu jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang ulit dan perbezaan antara wayang kulit. Muzik wayang kulit merupakan sebuah teater tradisional kuno Malaysia yang mana mempunyai penceritaan di dalamnya. Di dalam muzik wayang kulit ini terdapat pengkisahan Dalang dengan baying-bayang patung di atas Kelir. Persembahan wayang kulit ini biasanya akan diiringi oleh muzik atau okestra. Muzik wayang kulit juga mempunyai pelbagai repertoire lagu mengikut kehendak jalan cerita. Seni muzik wayang kulit ini amat unik dan memerlukan keahlian khusus dan lebih daripada 35 buah lagu mesti dihafal oleh dalang dan panjaknya. Seseorang dalang itu juga mestilah mahir dalam hikayat-hikayat bersifat paramakawi dan paramasastra. Lakunan seorang dalang itu mestilah pelbagai untuk menarik minat penonton. Mempunyai pengetahuan agama yang meluas juga diperlukan oleh seorang penggiat muzik wayang kulit.

Selain itu,terdapat beberapa jenis wayang kulit iaitu jenis muzik wayang kulit ialah wayang kulit jawa, wayang kulit gedek, wayang kulit melayu dan wayang kulit Kelantan yang mana mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan perbezaan antara satu sama lain. Wayang kulit Jawa juga dikenali sebagai wayang kulit Purwa yang berasal daripada Indonesia. Biasanya ia dipersembahkan oleh orang Johor dan Selangor yang berketurunan Jawa. Wayang kulit Jawa ini diiringi oleh muzik gamelan jawa dan masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli.

Manakala, wayang kulit gedek pula iasanya dimainkan di kawasan utara semenanjung Malaysia iaitu Perlis dan Kedah. Wayang kulit gedek dikatakan berasal daripada Thailand yang menggunakan patung kecil dan posisi mukanya adalah di depan. Bahasa yang digunakan mempunyai campuran iaitu bahasa Thai dan tempatan. Isi penceritaan wayang kulit gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Biasanya wayang kulit gedek ini banyak mepersembahkan tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara ini. Patung-patung yang diguankan juga dikatakan mempunyai pengaruh Nong Talung.

Wayang kulit Melayu pula dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia. Wayang kulit ini terdapat di Kedah dan Kelantan dan dikatakan ia masih ada di Kampung Cicah, Kelantan. Ketika dahulu wayang kulit ini dimainkan di Istana Patani yang berkaitan dengan Epos Mahabrata. Isi cerita adalah berkaitan dengan epik Mahabrata terutama cerita Pendawa Lima. Manakala dari segi patung-patung ia mempunyai persamaan dengan wayang Purwo iaitu boleh digerakkan kedua-dua belah tangan. Yang terakhir ialah wayang kulit Kelantan yang mana teater rakyat dan sangat popular terutama di Kelantan. Di dalam wayang kulit ini terdapat watak peran iairu watak lucu yang di mainkan oleh Pak Dogol dan Wak Long. Isi penceritaannya ialah berdasarkan cerita dalam Hikayat Serirama yang disadurkan dari eik Ramayana. Ukiran patungnya pula banyak persamaan dengan patung patani dan dalam bentuk mengiring serta bahasa yang digunakan ialah dialek Kelantan.

Setelah mempelajari jenis-jenis wayang kulit, sebenarnya banyak perbezaan yang ada seperti dari segi patung, alat muzik yang digunakan dan isi penceritaan. Sbagai contoh perbezaan di antara wayang kulit jawa dan wayang kulit Kelantan. Dari segei bentuk patung, watang kulit jawa dipengaruhi oleh jawa manakala wayang kulit Kelantan dipengaruhi oleh patani. Patung yang digunakan oleh wayang kulit jawa menggerakkan kedua-dua sendinya tetapi wayang kulit Kelantan hanya satu sahaja. Dari segi alat muzik pula, wayang kulit Kelantan diiringi oleh gong,canang, kesi, gedang,geduk dan serunai manakalan wayang kulit jawa diiringi oleh muzik gamelan.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template