Friday, August 13, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI


Pada kuliah minggu kelima terdapat dua topik yang telah dibincangkan iaitu mengenai gamelan dan caklempong. Terdapat tiga objektif untuk topik gamelan iaitu sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Gamelan berasal daripada bahasa yang bermaksud dipukul dan semua alat muzik yang digunakan dalam gamelan adalah alat yang dipukul. Alat-alat muzik yang digunakan diperbuat daripada perungu dan kayu tetapi ada juga yang diperbuat daripada besi dan buluh. Permainan muzik gamelan ini dimainkan secara ensemble atau berkumpulan. Gamelan juga dikatakan wujud sejak tahun pertama masihi dan alat pertama yang dicipta ialah gong. Gamelan juga dipercayai berasal daripada Indonesia terdapat juga alat muzik gamelan yang serupa dinegara jiran seperti Thailand, Filipina, Combodia dan sebahagian Vietnam.

Terdapat dua jenis gamelan iaitu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Gamelan Melayu adalah dari kategori muzik bentuk tarian utama. Gamelan Melayu juga dikenali sebagai Gamelan Terenganu. Gamelan Melayu dikatakan mula wujud di Istana Riau dan kemudian berkembang di Pahang melalui perkahwinan di antara keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari Pahang dan akhir sekali ia berkembang ke Terengganu yang mana ia juga melalui ikatan perkahwinan. Bermulanya identiti muzik gamelan jawa dan melayu dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi. Alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik gamelan Melayu ialah gong, gendang, bonang atau keromong, saron barung, saron penerus, gambang dan kenong.

Manakala Gamelan Jawa pula dibawah kategori muzik bentuk tarian utama. Ia berasal dari Pulau Jawa tengah yang dibawa oleh orang-orang jawa semasa penjajahan orang-orang Eropah. Definisi gamelan ialah orkestra yang didominasikan oleh alat muzik gangsa. Kesenian gamelan jawa merangkumi tarian, wayang kulit purwa dan kuda kepang. Gamelan jawa juga biasanya mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan yang digunakan adalah bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang seta majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya. Biasanya gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa berfungsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana. Terdapat Sembilan jenis alat muzik yang digunakan iaitu gendang, bonang atau keromong , demung, saron barung, saron penerus, gambang, kenong, kempol dan gong.

Gamelan jawa dan melayu juga mempunyai perbandingan antara satu sama lain. Sebagai contoh, alat muzik seperti gong yang mana sama ada gamelan jawa atau melayu kedua-duanya mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu. Manakala bagi alat muzik gong kepol. Bagi gamelan melayu atau Terengganu, terdapat sesetangah lagu di mana gong kempol dimainkan pada detik pertama. Contohnya, lagu Lenggang Kangkung dan detik keempat pada dua gatra akhir lagu, contohnya lagu Timang Burung dan gamelan jawa pula, gong kempol dimainkan pada detik kedua pada gatra kedua akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu. Ini merupakan sebahagian sahaja perbandingan di antara gamelan melayu dan jawa. Banyak lagi perbandingan alat muzik yang wujud antara gamelan melayu dan jawa

Pada zaman dahulu, dalam muzik gamelan, notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat serta dipelajari secara tidak formal iaitu melalui pendengaran. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan lagu yang telah banyak berkembang sehingga ke hari ini. Manakala manuskrip tarian gamelan pula hanya dilakar dalam bentuk gambar sahaja. Pada ketika dahulu mereka tidak menulis untuk menunjukkan tarian gamelan. Tekstur muzik gamelan adalah polifoni yang bermaksud gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara dan ciri utama muzik gamelan ialah bentuknya yang berulang . Permainan gamelan memerlukan kemahiran muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain.


Dalam topik gamelan juga terdapat tiga objketif yang ingin dicapai iaitu sejarah caklempong, alat muzik caklempong dan sistem tonal, melodi, bentuk dan irama. Caklempong juga dikenali sebagai telempong, tak lempong dan talempong. Muzik caklempong ini dikatakan berada di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di N. Sembilan yang berasal dari Minangkabau. Biasanya muzik caklempong ini mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian. Antara alat muzik yang digunakan dalam muzik caklempong ialah bonag, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. Muzik caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Notasi Caklempong tingkah dan Saua tidakdisediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan manakala melodi pula ditonasikan menggunakan sistem nombor.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template