Sunday, August 22, 2010

MINGGU 6:JURNAL RELEKSI

Pada kuliah keenam terdapat dua tajuk yang telah dibincangkan iaitu mengenai makyung dan kompang. Sebelum mengikuti kuliah ini pengetahuan saya mengenai mak yung dan kompang sangat sedikit seperti bunyi kompang dan costum yang digunakan dalam mak yung. Oleh itu, saya sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut apa itu mak yung dan kompang. Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam tajuk mak yung iaitu sejarah makyung, persembahan dan alat muzik makyung serta muzik makyung.

Makyung terletak dibawah kategori bentuk Seni lakon yang mana bentuknya dalah kuno. Ia dikatakan kno kerana bentuk lakonannya berdasarkan lagenda dan mitos. Makyung menggunakan manusia sebagai pelakonnya dan mengutamakan tarian, dialog, muzik vocal dan instrumental. Makyung juga mengisahkan sesuatu penceritaan. Makyung dikatakan bersal dari Patani dan kemudia tersebar ke Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau di Indonesia. Pada permulaannya makyung ini adalah permainan rakyat tetapi ia menjadi tradisi istana dan kemudian bertukar kembali kepada tradisi rakyat. Terdapat dua jenis tujuan persembahan makyung ini iaitu tujuan ritual dan persembahan. Tujuan ritual dipersembahkan oleh main puteri untuk tujuan menyembuhkan sesuatu penyakit. Persembahan ini juga dikatakan persembahan guru. Manakala tujuan persembahan pula di mana pelakon akan berada di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh penonton. Makyung persembahan juga dikatakan sebagai “Theater in the round”.

Cerita asal makyung pula bertajuk Dewa Muda yang mana ia merupakan cerita rakyat. Terdapat 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire yang mana ceritanya dikisahkan melalui dialog, nyanyian, taraian dan diiringi oleh muzik vocal serta instrumental. Antara contoh watak-watak yang dimainkan di dalam makyung seperti pakyung dan pakyung mda yang merupakan watak utama, makyung dan Puteri makyung yang merupakan Raja perempuan, Peran Tua dan Peran Muda yang biasanya melakonkan watak sebagai pengarsuh serta tok wak sevagai nujum. Antara lagu yang biasa dimainkan dalam kisah makyung seperti mengadap rebab, kijang mas dan lagu sindung . Manakala alat-alat muzik yang digunakan dalam makyung pula ialah gendang, tetawak, rebab tiga tali, serunai, geduk, canai dan rebab. Tetapi alat muzik yang penting yang biasanya digunakan dalam makyung ini seperti rebab, ketawak dan gendang. Bentuk dan struktur lagu makyung ditentukan dalam sistem gonganBentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan iaitu pusingan jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong dan ia dikawal oleh Tetawak. Sistem gongannya seperti 8 bit, 16 bit, 32 bit. Manakala irama makyung pula menggunakan empat timbre iaitu pak, duh, cak dan ting. Gaya yang digunakan ialah gaya meningkah dan temponya agak perlahan.

Terdapat tiga objektif juga yang ingin dicapai dalam topic kompang iaitu sejarah kompang, p alat muzik serta uzik kompang. Kompang dikatakan berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat. Kompang juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Di Indonesia pula ia dipanggil terbang atau rebana dan dikatakan dibawa masuk oleh Pedagang Arab pada kurun ke 13 Masihi. Kompang tergolong dalam klasifikasi membaranofon dalam kelas dram kecil. Fungsi kompang pada masyarakat Melayu seperti meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, maulidulrasul berkhatan dan pada masyarakat sosial kini seperti menyambut ketibaan pemimpin dan dalam acara rasmi. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Selepad itu, permainan ini kompang menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini. Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. Antara ada yang perlu dijaga semasa permainan kompang seperti pakaian yang perlu dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai.

Bahagian yang penting dalam kompang ialah belulang yang diperbuat daripada kulit kambing betina dan belulang baluh yang diperbuat daripada kayu nangka. Antara fungsi permainan kompang ialah mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble seperti nasyid, marhaban. Selain iru, ia juga berfungsi sebagai mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar serta menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan. Di samping iru, ia juga untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan. Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kompang hadrah, kompang johor, kompang eizhar dan kompang kelalang. Kompang juga boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu iaitu 30 cm untuk 12 tahun dan ke bawah, 32.5 cm untuk 13 dan 14 tahun, 35 cm untuk 15 dan 16 tahun dan 37.5 cm dan 40 cm untuk orang dewasa.

Teknik permainan kompang pula yang mana pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya dan permainan kompang ini boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’. Untuk menghasilkan bunyi ‘pak’ hendaklah dipukul ditengah kompang manakala untuk menghasilkan bunyi ‘bung’ pula mestilah dipalu di tepi permukaan kompang. Selain itu, terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni iaitu melalu, meningkah dan menyilang yang mana ia mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap persembahan kompang pula terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu, pukulan lagu dan pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu. Semasa menyimpang kompang seharusnya dikendurkan permukaannya dan diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindang dengan permukaan kompang yang lain. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang. Yang terakhir ialah penalaan kompang yang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak.

Secara kesimpulannya, selepas mempelajari topic makyung dan kompang ini banyak ilmu yang telah saya pelajarinya dan dapat saya jadikan panduan untuk mengguna atau melaksankannya pada pada akan datang.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template