Tumpuan kuliah pada minggu ini ialah terhadap pembentangan dua kumpulan iaitu mengenai sejarah muzik tradisional Malaysia dan zikir. Banyak ilmu pengetahuan yang telah diperolehi yang mana ia dapat membantu menambahkan lagi ilmu yang telah sedia ada. Kumpulan pertama membentangkan tentang sejarah muzik tradisional Malaysia an kumpulan kedua membentangkan tentang zikir.
Sejarah Muzik Tradisional Malaysia
Sejarah muzik tradisional Malaysia merangkumi tiga tahap perkembangan iaitu pengaruh Barat, Timur Tengah iaitu China serta India dan dunia melayu lama yang meliputi Indonesia dan Thailand. Selain tahap perkembangan, kumpulan ini juga telah membincangkan tentang pergerakan manusia dan sosio-budaya yang mana mempunyai pertalian antara satu sama lain. Pengaruh muzik tradisional dikatakan bermula sejak zaman melayu proto dan melayu Deutro yang bermula dari benua asia ke kepulauan pasifik dan pengaruh sosiobudaya pula telah mempengaruhi kepercayaan dan agama membangunkan semangat ritual dan permain. Antara alat muzik yang telah wujud pada zaman ini seperti seruling. Seruling juga dikatakan merupakan alat muzik tertua di dunia berdasarkan beberapa bukti yang ditemui. Manakala pengaruh yang di bawa dari timur tengah, china dan india berdasarkan faktor perdagangan, faktor tolakan seperti bencana alam dan kemiskinan serta faktor penyebaran agama Islam. Melalui pengaruh Eropah pula merangkumi tiga buah negara iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Setelah mendengar pembentangan ini, banyak yang dapat ketahui tentang asal usul sejarah muzik tradisional di Malaysia dan sejarah alat muziknya.
Zikir
Kumpulan kedua iaitu kumpulan penulis sendiri membincangkan tentang tajuk zikir. Terdapat beberapa subtopik yang telah dibincangkan dalam tajuk zikir ini iaitu sejarah dan pengertian, pengaruh zikir, upacara yang melibatkan zikir serta zikir dari segi muzikal. zikir dikatakan bermula seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-7 masihi dan ketika itu zikir diamalkan sebagai panduan dan amalan untuk menuju ke jalan Allah. Tetapi amalan zikir pada zaman mode ini dilihat meluas yang mana bukan sahaja sebagai bacaan selepas solat tetapi ia juga digunakan dalam beberapa upacara seperti di dalam majlis tahlil, majlis khatam al-Quran dan majlis rasmi. jika dilihat zikir dari segi muzikal, zikir tergolong dalam muzik vokal yang digunakan dalam persembahan. Setelah melibatkan sendiri dalam pembentangan ini, penulis dapat merumuskan bahawa zikir bukan sahaja digunakan selepas solat sahaja, zikir juga telah digunakan dalam upacara-upacara tertentu dan ia dipengaruhi oleh pemodenan yang dilakukan.
Secara tuntasnya, banyak ilmu pengetahuan yang telah diperolei hasil pembentangan dua kumpulan ini. Cara dan penyampaian yang disampaikan oleh kedua-dua kumpulan pembentang ini sangat menarik dan telah pemahaman yang meluas kepada penulis.
0 comments:
Post a Comment