Sunday, September 5, 2010

MINGGU 8:JURNAL REFLEKSI

Pada kuliah minggu ke lapan, satu lagi kumpulan telah membuat pembentangan yang mana topik yang dibentangkan ialah mengenai boria. Boria merupakan sejenis persembahan teater yag melibatkan lakonan dan nyanyian. Asal usul boria bermula daripada peristiwa karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Seterusnya ia diperkenalkan oleh golongan Syiah yang mengadakan upacara perkabungan khusus yang dikenali sebagai takziya. Seterusnya ia berkembang selari dengan perkembangan fahaman Syiah serta wujud sehingga Parsi, India dan seterusnya ke Semenanjung Malaysia.

Sebagaimana yang diketahui, boria sangat popular di negeri utara terutamanya negeri Pulau Pinang. Pelakon boria dikatakan asalkan adalah lelaki yang mana mereka telah melakonkan watak wanita yang memakai pakaian wanita dengan cara merendahkan suara. Muzik akan dimainkan apabila bermulanya babak lakonan dan biasanya lakonan yang dilakonkan adalah berwatakkan lawak jenaka yang sengaja dilakonkan untuk menarik penonton.Nyanyian akan dinyanyikan oleh tukang karang atau ketua penyanyi dan akan diikuti oleh para kelasi atau penyanyi latar.

Cara persembahan boria ini terdiri daripada dua persembahan cerita yang berasingan iaitu tema atau cerita dihubungkait dengan tujuan persembahan dan tema atau cerita lebih umum. Antara alat muzik yang digunakan dalam boria tradisi ialah violin, gambus, marwas, gendang, table, simbal, harmonica dan akordion. Manakala dalam boria masa kini pula, antara alat muzik yang digunakan ialah gitar elektrik, clarinet, organ, violin, drum set dan saxaphone. Antara perbezaan yang terdapat antara boria tradisional dan boria masa kini ialah perbezaan dari segi pakaian yang mana pakaian yang digunakan pada masa dahulu adalah beraneka ragam dari segi corak, bentuk serta warna. Manakala boria masa kini pula, asas pemakaian persembahan boria adalah ke arah berbentuk seragam kecuali tukang karang memakai pakaian yang berbeza iaitu baju yang lebih istimewa.

Secara kesimpulannya, pembentangan pada minggu sangat menarik dan cara penyampaian juga sangat mudah difahami di samping dapat member input yang baru kepada pendengar dan penulis.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template