Sunday, September 26, 2010

MINGGU 9:JURNAL REFLEKSI

Pada minggu ini dua lagi kumpulan pembentangan yang telah embuat pembentangan yang mana kumpulan pertama membentangkan tentang tajuk ghazal manakala kumpulan kedua pula berkisarkan tentang opera cina di Malaysia. Walaupun kedua-dua kumpulan ini telah membuat pembentangan tetapi mereka terpaksa membuat pembentangan sekali lagi kerana maklumat yang dimasukkan dalam pembentangan tidak mencukupi dan ada yang perlu dibaiki serta ditambah lagi. walaubagaimana pun, penulis telah mendapat sedikit sebanyak input hasil daripada pembentangan kumpulan ghazal dan opera. Berdasarkan pembentangan daripada kumpulan ghazal, ghazal merupakan seni muzik yang sangat popular di negeri Johor yang berasal sekitar 670 M di Parsi. Jika dilihat berdasarkan pembentangan dari kumpulan ghazal ini, sangat menarik cuma maklumat yang dibentangkan perlu ditambah sedikit.

Kumpulan kedua pula mengenai muzik opera cina di Malaysia dan berdasarkan maklumat yang dibentangkan, opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera ini menggunakan unsur-unsur percakapan di dalam persembahannya. cara penyampaian kumpulan ini juga menarik cuma perlu diperbaiki serta maklumat mengenai opera cina di Malaysia perlu ditambah. Mereka juga perlu memperbanyakkan lagi rujukan untuk mendapatkan maklumat, bukan hanya tertumpu maklumat daripada internet sahaja. Mereka juga perlu membuat perbandingan di antara opera cina di Malaysia dan opera di China supaya kita dapat melihat perbandingan di antara kedua-dua opera ini.

Secara kesimpulannya ,kedua-dua kumpulan pembentang perlu lebih berkeyakinan dan menambah lebih banyak lagi maklumat.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template