Pada minggu ini kita telah melihat dua lagi kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan muzik dan orkestra India serta kumpulan muzik orang asli. Banyak input yang telah diperolehi berdasarkan kedua-dua kumpulan pembentangan ini. Jika sebelum ini penulis tidak pernah tahu mengenai muzik dan orchestra India, setelah mendengar pembentangan tersebut penulis dapat menggambarkan apa itu,bagaimana muzik dan orkestra India serta sejarah dan jenis-jenis alat muzik yang digunakan dalam muzik dan orkestra India. Muzik di India mendapat inspirasi dari pemujaan dewa dewi. Masyarakat India klasik percaya bahawa dewa Shiwa yang menciptakan suara, irama, dan tari-tarian lalu diturunkan olehnya seseorang yang pandai dalam seni muzik untuk menjadi seorang guru kepada masyarakat India dan merupakan salah satu muzik yang tertua di dunia.
Begitu juga dengan kumpulan muzik orang asli, penulis juga telah mendapat banyak input walaupun sebelum ini penulis pernah mempelajari muzik orang asli di dalam satu kursus yang telah diambil. Bagi kumpulan muzik orang asli ini, penulis telah didedahkan dengan muzik sewang sahaja. Sebagaimana yang diketahui, orang asli sangat sinonim dengan sewang dan dikatakan mereka menggunakan muaik sewang ini untuk mengubati sesuatu penyakit, menghalau mala petaka yang berlaku dan sebagainya. Menurut kumpulan ini, muzik sewang ini diamalkan oleh masyarakat orang asli senoi dan negrito. Sewang ini terdiri daripada muzik, nanyian solo dan beramai-ramai serta tarian.
Berdasarkan penyampaian pembentangan oleh kedua-dua kumpulan ini, cara menyampaian dan gaya persembahan mereka sangat menarik. Apa yang ingin mereka ketengahkan dalam pembentangan juga sampai dan dapat difahami. Secara kesimpulannya, pembentangan yang sangat menarik terutama kumpulan muzik dan orchestra klasik India. Banyak input yang telah diperolehi dan jika diberi masa yang lama kepada mereka untuk membuat kerja lapangan mungkin banyak lagi maklumat yang mereka dapat sampaikan kepada kami.
1 comments:
Saya turut berpuas hati dengan pembentangan kedua-dua kumpulan khususnya kumpulan bertajuk muzik India kerana sebelum ini, pemahaman saya mengenai muzik india ini terlalu sikit. Dengan penerangan yang mereka lakukan, dapat memaham kan saya dan pelajar lain dengan lebih mendalam mengenai muzik India ini.
Post a Comment