Sunday, October 10, 2010

MINGGU 11:JURNAL RELEKSI


Dalam minggu ke 11 ini, kumpulan ghazal sekali lagi telah membuat pembentangan yang mana pembentangan yang dilakukan pada kali kedua ini lebih memberangsangkan berbanding pada pembentangan kali pertama. Banyak input yang telah diperolehi oleh penulis yang mana topik-topik yang dibincangkan adalah mengenai, perbezaan antara ghazal Johor dengan ghazal Parti. Kumpulan ini juga ada membincangkan cara persembahan, alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan ghazal dan sejarah kedatangan ghazal.

Secara keseluruhannya, pembentangan yang dilakukan sangat menarik, hal ini mungkin kerana semua pembentangan telah memahami secara mendalam mengenai ghazal Johor dan Parti, hasil daripada kerja lapangan yang telah dilakukan. Berbeza dengan pembentangan yang dilakukan kali pertama, dilihat semua pembentang tidak begitu berkeyakinan. Pada pembentangan kali kedua ini, para pembentang juga dapat menghurai isi dengan baik walaupun terdapat sedikit kesilapan yang telah dilakukan. Soalan-soalan yang telah diajukan juga dapat dijawab dan dijelaskan dengan baik.

Banyak input yang dapat dikongsikan bersama-sama yang mana ia boleh dijadikan pengalaman atau ilmu yang boleh digunakan pada hari kelak. Penulis sangat berpuas hati kerana kumpulan ini tidak mudah putus asa dan jadikan kelemahan pada pembentangan kali pertama sebagai panduan untuk membuat yang lebih baik.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template