Friday, October 15, 2010

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI


Pada minggu ini dua lagi kumpulan pembentangan yang terakhir telah membuat pembentangan iaitu kumpulan opera China dan Potehi serta kumpulan muzik Sabah dan Sarawak. Kumpulan opera China dan Potehi sebelum ini telah membuat pembentangan tetapi atas sebab-sebab tertentu iaitu kekurangan maklumat, pensyarah telah menyuruh membuat pembentangan sekali lagi. Hasilnya, pada minggu ini pembentangan mereka sangat baik. Banyak maklumat-maklumat yang telah dikongsi oleh mereka kepada kami. Secara tidak langsung ia dapat menarik minat penulis sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang opera China dan Potehi ini. Jika sebelum ini, penulis langsung tidak mengetahui tentang Potehi dan hanya mendengar namanya sahaja, melalui kumpulan pembentangan ini, penulis dapat mengetahuinya dan sangat menarik minat penulis dan mungkin juga rakan-rakan yang lain. Cara penyampaian mereka juga dapat disampaikan dengan baik cuma ada beberapa orang ahli kumpulan yang perlu memperbaiki mutu dan gaya bahasa supaya dapat disampaikan dalam bahasa standard dan tidak terlalu mengikut loghat tempat kelahiran mereka. Penyajian video-video serta penerangan isi yang diterang untuk setiap isi juga sangat menarik dan sampai kepada kami. Oleh itu, peluang kedua yang diberi oleh pensyarah ini, mereka gunakan sebaik mungkin dengan membuat kajian lapangan walaupun video lapangan yang ditunjukkan kepada kami kurang berkualiti tetapi ini tidak menjadi masalah dan yang paling penting pengalaman dan maklumat yang diperolehi daripada responden sangat berbaloi.



Manakala, bagi kumpulan muzik Sabah dan Sarawak pula, banyak yang mereka perlu perbaiki seperti mereka perlu menerangkan lebih detail atau lebih jelas lagi mengenai muzik Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana, hasil pemerhatian terhadap pembentangan yang telah dilakukan oleh mereka, banyak maklumat-maklumat penting yang mereka tidak terangkan kepada kami seperti asal usul dan sejarah muzik Sabah dan Sarawak. Selain itu, cara penyampaian kumpulan ini juga kurang berkeyakinan dan seperti tidak bersedia untuk membuat pembentangan. Oleh itu, banyak perkara yang perlu kumpulan muzik Sabah dan Sarawak perbaiki tetapi syabas juga diucapkan kepada kumpulan ini berjaya membuat pembentangan. Secara kesimpulannya, kedua-dua kumpulan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kedua-duanya telah membuat pembentangan yang baik. Syabas diucapkan. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template