Friday, October 29, 2010

MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan minggu terakhir kita mengikuti kuliah muzik tradisonal ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang mengikuti kuliah muzik tradisional ini. Jika dahulu, pengetahuan penulis terhadap muzik tradisional sangat sedikit ataupun orang kata sangat cetek, setelah mengikuti kuliah ini banyak pengetahuan baru yang telah diperolehi terutama pelajar seperti penulis yang mengikuti kursus pengajian Malaysia. tidak seperti pelajar muzik yang semestinya mempunyai pengetahuan yang lebih banyak.

Walaupun kerja kursus yang diberikan sedikit membebankan,namun ia telah memberi pengajaran baru ke[adapenulis terutama penggunaan blog dalam kaedah pengajaran. Bagi penulis, menggunakan blog sebagai kaedah pengajaran merupakan satu kaedah yang berkesan yang mana kita dapat berhubung melalui maya jika ada sesuatu kesulitan atau perkara yang tidak difahami. hal ini kerana, setiap pelajar yang mengikuti kuliah muzik tradisional ini tidak mempunyai keluangan masa untuk sama untuk berkongsi ilmu. Selain itu, peranan dan kaedah pengajaran yang dimainkan oleh pensyarah iaitu En.Amran Aris juga sangat berkesan, mengapapenulis berkata sebegini?. Hal ini kerana, sepanjang penulis mengikuti kuliah ini, pensyarah sangat membantu pelajarnya untuk memahami secaramendalam tentang apa yang telah dan sedang dipelajari.

Secara kesimpulannya, saya sangat berpuashati sepanjang mengikuti kuliah muzik tradisional disamping dapat berkenalan dengan pelajar daripada kursus lain. Bagi saya, pengalaman sepanjang mengikuti kuliah ini tidak akan saya lupakan. Ribuan terima kasih kepadapensyarah, En Amran kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami dan bersedia dengan pelbagai karenah yang telah ditunjukkan oleh kami semua. Sekian Terima Kasih. semoga kita berjumpa lagi.

1 comments:

24support on December 24, 2018 at 2:38 AM said...

Unable to setup 2fa for your Binance account.
Do you want to setup 2fa in your Binance account? 2fa is required as it provides security to your Binance account. If you want to access the easiest steps to setup 2fa authentication in Binance, you can take assistance from the experienced executives by dialing Binance support number +1800-665-6722 which is working 24/7 without any break. You can attain numerous resolutions and get rid of the query in no time but for that, you need to contact Binance expert’s team. Visit:-https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMT 2252 YATI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template